BANGKOK: Skuad wanita Malaysia menamatkan cabaran mereka dalam Pusingan Akhir Piala Uber 2022 dengan menewaskan Mesir 5-0, perlawanan terakhir Kumpulan C di Impact Arena di sini, pada Selasa.
Malaysia yang gagal mara ke suku akhir berikutan kekalahan berturut-turut dalam dua perlawanan pertama kumpulan sebelum ini, tidak menurunkan pemain utama seperti S. Kisona, Goh Jin Wei dan beregu utama, Pearly Tan-M. Thinaah dalam perlawanan hari ini.
Juara Siri Antarabangsa Belanda 2022, Myisha Mohd Khairul meraih mata pertama untuk Malaysia apabila mengalahkan Doha Hany pada set pertama dengan kemenangan 21-5 tetapi ditentang hebat oleh pemain Mesir itu pada set kedua sebelum pemain Johor itu menamatkan aksi dengan kemenangan tipis 21-19.
Mengulas mengenai perlawanan itu, Myisha berkata dia boleh bermain dengan lebih baik pada set kedua sekiranya dia berjaya mengawal angin yang kuat di dalam venue yang menjejaskan aksinya pada set terakhir menentang Doha.
"Saya rasa saya dah dapat rentak bermain dan harap dapat kekalkan momentum selepas ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini, hari ini.
Pemain berusia 18 tahun, Tan Zhing Yi pula mempamerkan corak permainan yang baik untuk memberikan mata kedua kepada Malaysia selepas dia menewaskan Nour Ahmed Youssri, 21-12, 21-14.
Malaysia kemudian melebarkan kedudukan menerusi Chan Wen Tse, walaupun pemain ranking 276 dunia itu ditentang hebat oleh pemain ranking 292 dunia Hana Tarek Zaher, 21-16, 21-16 dalam pertarungan selama 31 minit.
Dua beregu wanita negara, Low Yeen Yuan-Valeree Siow dan Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing berjaya menewaskan lawan masing-masing, Jana Ashraf-Jana Hesham Mohamed Abdelkader dan Nour-Hana Tarek.
Yeen Yuan-Valeree meraih mata keempat berikutan kekalahan straight set, 21-6, 21-10 Jana Ashraf-Jana Hesham manakala Anna-Mei Xing menumpaskan Nour-Hana Tarek 21-5, 21-4 untuk mengesahkan kedudukan Malaysia.
Valeree menyifatkan prestasi mereka adalah biasa selepas mengetahui hakikat bahawa lawan mereka sememangnya tiada tandingan bagi mereka manakala Yeen Yuan gembira melihat penampilan pertamanya dalam Piala Uber ternyata adalah baik dan berharap untuk lebih yakin pada edisi seterusnya di Chengdu, China, dua tahun dari sekarang.
Pasukan negara membuka kempen dengan kekalahan yang mengecewakan ke atas Denmark 2-3 Ahad lepas diikuti dengan satu lagi kekalahan kepada tuan rumah Thailand, 1-4 semalam, yang menamatkan misi mereka untuk layak ke suku akhir buat kali pertama sejak edisi 2010.
Keputusan lain
--------------------
Piala Thomas:
Denmark mn Perancis 5-0
China mn Algeria 5-0
Jepun mn England 5-0
Piala Uber:
Japan mn Perancis 5-0
Indonesia mn Jerman 5-0
Sepanyol mn Australia 4-1
India mn Amerika Syarikat 4-1
Korea Selatan mn Kanada 4-1
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Aksi Pemain Badminton Beregu Negara Low Yeen Yuan dan Valeree Siow ketika menentang pemain beregu dari mesir Jana Ashraf dan Jana Abdel Kader pada Kejohanan Piala Uber di Stadium Impact Arena Bangkok pada Selasa. - Foto BERNAMA
Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau
Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Kerajaan rancang enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini, galak eksport francais
Kerajaan dengan kerjasama MFA merancang melaksanakan enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini dengan objektif untuk memupuk dan menggalakkan lebih banyak eksport francais ke luar negara.
Penghantaran bantuan melalui udara ada baik, ada buruk - KHOM
Penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara ada risiko keselamatan kepada orang awam secara umum.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.